Sunday, January 11, 2009

AL- AQSA


Assalamualaikum w.b.t

Salam Fitrah untuk semua. Alhamdulillah segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk terus meneruskan kehidupan di dunia ini.
Peristiwa ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di permulaan Surah Isra’ yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan dengan hambaNya pada waktu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati persekitarannya untuk memperlihatkannya tanda-tanda kekuasaan kami, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Ada beberapa perkara yang amat penting yang perlu diteliti berdasarkan ayat ini. Mengapa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’ walaupun hakikatnya Allah SWT boleh menggunakan pengkhususan dengan Muhammad atau Rasulullah di dalam ayat ini? Dan mengapa Allah SWT memuliakan peristiwa israk mikraj ini dengan menyebut Masjid Aqsa?

Sesuatu yang tersirat yang perlu kita hayati, bahawa Allah SWT menggunakan kalimah ‘hamba’sebagai satu gambaran bahawa manusia yang berstatus sebagai hamba Allah adalah satu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia. Status inilah yang menjadikan manusia mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah. Sentiasa menyedari diri sebagai hamba yang perlu melaksanakan segala perintah dan menghindari larangan-Nya.

Dan mengapa Masjid Aqsa begitu hebat sehingga Allah SWT menyebutnya dalam peristiwa ini sebagai satu gambaran bahawa bumi Palestin adalah tempat di mana para nabi dan rasul banyak dilahirkan di sini bahkan jasad mereka juga banyak disemadikan di bumi. Di samping bentuk muka bumi yang subur menjadi sebahagian tanda-tanda keberkatan Palestin. Namun apa yang lebih penting ialah sehingga hari ini umat Islam di negara ini tidak akan berhenti untuk membebaskan bumi Allah yang berkah ini.

No comments: